Random things/facts about yourself:
1. I want to gain weight, seriously. Walaupun orang cakap badan I dah ok, tapi rasa macam sangat kurus and cambes jer kalau dapat gain some weight. Taklah macam sekeping jer kalau guna wed dress. heee (:
2. Ekceli, saya sangat suka makan ulam2an. Anything yang pahit ka masam dan paling suka kalo sambal tu pedas. umph!
3. Ok. saya ada rahsia. Saya ni boleh dikatakan mix blood. Walaupun kedua-dua parents melayu, tetapi sebelah ayah ada keturunan melayu dari Acheh. And sekarang kazen2 pun duduk sana and sangat teringin melawat family kat sana.
4.Saya adalah yang paling pendek/kecik/petite among my sibling. Ok benci yang ini. Tapi, tak kesah since suma kawan2 umi and ayah ingat I ni anak yang kedua or ketiga. Ok saiz kecik nampak lebih muda kot? haha.
5. My first love adalah seorang budak sama sekolah rendah. heee. And saya memang pernah admire kat dia sewaktu sekolah rendah lagi, then apabila jadi kapel macam omaigod. my dreams come true! cehh haha.
6. Saya rasa macam susah nak deal dengan orang yang terlalu pendiam. Walaupun saya ni jenis suka cakap dan agak talkative, tapi macam tak pandai nak cakap dengan orang yang kurang bercakap and kurang respon. hmmmm.
7. Saya rasa saya nak kawen umur 25. boleh?
8. Ok number 7 is my fave no. sebab? birthday saya 7 Mei. Then no 7 macam sangat sexy kan. heh.
9. Saya ingin travel around the world. Dan 2 tempat yang saya ingin pergi atdismoment ialah MEkkah and England.
10. Ok, sekarang saya tengah berkawan dengan seseorang dan saya harapkan hubungan kami berakhir dengan sebuah ikatan yang sah dan halal sebab saya nampak potensi yang baik dalam diri dia. (setakat ini).amin.amin.
11.Oh.Tak sangka dalam tempoh 3 minggu lagi, saya akan tamat pengajian selama 5 tahun setengah di sini. How time flies!
12. Saya geli dengan ular, lintah dan darah yang banyak.
13. Saya sangat minat untuk mempelajari bahasa asing. Dulu di sekolah ada jugak belajar bahasa Arab, tapi macam dah lupa sebab tak praktis kan. =.=
14. Saya suka lelaki yang kurus dan tinggi! Especially time dia pandang kita , dia terpaksa tunduk kepala and kita pulak angkat kepala nak cakap kat dia. yelah kita ni pendek. Dia tu tinggi. (unsur anime + manga Jepon yang melampau)
15. Sebenarnya, saya seorang yang mempunyai ego yang agak tinggi dan juga keras kepala.
16. Tetapi saya cepat kasihan kan orang dan mudah nak menangis kalau ada apa2 benda yang menyentuh perasaan.
17. Saya juga boleh menjadi sangat LOUD kalau jumpa kawan2 lama, bff dan kazen. Sebab mereka2 ni sangat gila2 dan semestinya juga sangat loud.
18. Saya mula suka untuk masak dan mencuba resepi masakan yang baru, tetapi saya tak berapa minat nak buat kek.
19. Cita-cita terpendam saya ialah untuk menjadi seorang peguam syariah!
20.Saya suka kaler pink, puteh, merah dan hitam and pepel.
21. Saya suka karaoke dan menyanyi. Tapi suara saya tak cukup tinggi untuk nyanyi lagu yang bernot tinggi.
22. Saya juga berminat dengan gadget-hp,ipod,kamera,dsb. Suka jugak nak explore benda2 ni.
23. Fotografi --> minat saya yang tak pernah padam dan berhasrat untuk belajar dengan lebih detail or maybe boleh jadi sumber pendapatan sampingan satu hari nanti.
24. Sebenarnya, saya mempunyai memori yang agak bagus. Saya dapat mengingat sesuatu perkara atau kata2 yang bermakna dengan sangat detail jika saya sudah tertarik dengan seuatu perkara/ seseorang.
25. Saya seorang yang gila-gila dan tidak lah se-serius atau se-sombong seperti yang anda sangka. Dan saya tak pilih bulu apabila berkawan sebab saya memang suka berkawan (:
eh eh dah habis? heee.
No comments:
Post a Comment